Saturday, April 20, 2013

masih untuk kamu.

Untuk detik ini--
apa yang aku peruntuk hanya kamu.
hanya lah kamu.
masih kita bersama-sama dibendang hijau
membiar angin tiup lalu baju aku
membiar ribut melanggar aku
membiar dan terus membiar;
hanya untuk kamu.

Untuk detik ini--
aku kembali rapuh
berdiri,
menahan segak diri,
menahan kaki jejak bumi,
masih untuk kamu.
hanya untuk kamu.

Untuk detik ini--
kamu kirimkan aku sehelai kertas kelabu
berisi abu
isinya kamu mahu aku tahu;
hati kamu,
tetap untuk aku.