Sunday, June 11, 2017

Semasa kita punya segalanya.



Back to end of 2016.

Waktu ini aku melihat mata yang layu dan basah dari seorang bapa. Mata yang memandang kami dengan penuh kata-kata.

December 2016,

Abah sakit. Abah memang menghidap penyakit lelah dan jantung. Keadaan abah pada tahun 2016 memang teruk.

Dan seperti selalu,
kami tak pernah minta.

Yes, kami nampak dari raut wajahnya yang bengkak dan dirinya yang lemah sehingga lah aku menghantar abah ke hospital.

Abah dirawat di wad kecemasan untuk mendapatkan rawatan. Dari tengahari hingga ke petang aku dan abang menemani abah.

Aku dan abang pulang ke rumah untuk rehat, dan ditukar ganti pula dengan mama menjaga abah.

Sebelum isyak kami terima panggilan dari mama dengan suara yang lemah, "abah tak sedar."

Allah. Gugup jantung.

Bergegas aku, kaklong dan abang pergi ke hospital.

Allah. Kali ini aku terduduk. Setitik demi setitik air mata jatuh ke pipi.

Badan abah berselirat dengan wayar. Tak pernah sekalipun aku melihat abah begini. Tak pernah sedetik pun dalam kepala kami yang abah akan begini.

Aku peluk mama. Kami peluk mama.

Bacaan yasin dan doa tak pernah lekang dari mulut kami. Allah. Tuhan saja yang tahu rasa 'kehilangan' ketika ini.

Abah kurang oksigen dalam badan, dan saat itu, oksigennya sangat kritikal.

Saat ini lah kami perlukan kekuatan. Pakcik, makcik, jiran, semua datang untuk melawat abah, untuk tenangkan hati-hati kami.

Syukur, kami jumpa dengan mereka-mereka yang menyenangkan hati kami.

Sehinggalah abah di-transfer kan di wad ICU, and yes, abah masih tidak sedar. Wayar di badannya juga masih berselirat seperti biasa.

Kucupan aku di dahi abah tak pernah lekang bila nak balik. Dan moment yang paling aku tak pernah lupa adalah, aku cakap dengan abah, "Ya minta maaf, Ya sayang abah." Walaupun abah tak sedar, tapi aku tahu abah dengar. Abah gerakkan jarinya.

Dua hari. Dua hari abah tidak sedarkan diri.

Dan sampailah satu masa Allah menggerakkan hatinya untuk membuka mata. Allah, syukur kami kepadaMu hanya Engkau yang tahu.

Dengan 1001 perasaan yang ada di raut wajahnya, dengan 1001 perasaan yang ada di matanya, aku tahu abah menahan sakit. Abah tak mampu berkata apa-apa kerana tiub di mulutnya.

Sabar lah abah, abah akan baik. Abah akan pulang ke rumah juga.

Sesungguhnya penyakit itu adalah penghapus dosa.