Sunday, June 11, 2017

Semasa kita punya segalanya.

Hari demi hari, kami terima perkembangan yang baik terhadap kesihatan abah. Abah juga boleh di-transfer ke wad biasa.

Dan perkara yang paling menyenangkan hati dan mata, tiada lagi wayar yang berselirat di badannya.

Alhamdulillah.

Abah makin hari makin baik. Sehingga kami terima berita abah dah boleh discharged.

Tapi doktor pesan, abah dah tak boleh merokok kalau dia tak mahu perkara sama berulang lagi.

Yes, itulah perkara yang kami titik beratkan hari demi hari demi kesihatan abah.

Syukur ke hadrat Ilahi, dengan berkat doa semua, dengan peluang yang masih ada, Allah panjangkan usia abah. Hari ini, abah masih sihat seperti selalu.

Tiada kata-kata. cuma syukur.