Monday, May 8, 2023

Dewasa

 - Kalau kamu tahu betapa dewasa itu sungguh memenatkan, pasti kamu tidak mahu membesar

Penat. Penat yang tenat. Fasa perkahwinan dan fasa mempunyai anak itu, satu perkara yang luar biasa ujiannya untuk disampaikan.

Hingga ke masanya; aku seperti ingin mengantung diri ke siling, mengapai segala benda tajam dan tikam ke tubuhku atau terjun dari tingkat sepuluh. 

Depresi bukan satu perkara yang bahagia. Dan tak akan pernah menyenangkan hati sesiapa.

Kadang yang menyedarkan kita cuma dan hanyalah, satu tubuh kerdil yang memelukku; iaitu anak-anakku.

Hingga ke masanya; aku takut untuk membesarkan mereka hingga ke dewasa, kerana kehidupan dewasa sungguh tak membahagiakan.

Tapi apakan daya, anak-anak telah menumpang ke rahimku hingga ke hari ini. Keputusan melahirkan kamu bukan satu yang dikesali, tapi perasaan bersalah yang menyelubungi diri hingga ke hari ini kerana tidak dapat memberikan yang terbaik buat kamu. 

Tak apa, membesarlah kalian dalam dakapan aku.

Aku akan cuba, aku akan cuba peluk erat tubuh kalian bertiga, aku akan cuba genggam tangan kalian hingga ke akhirnya.